8,000 penjawat awam Pahang terima duit raya RM1,200

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Selasa mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 bernilai RM1,200 seorang kepada semua 8,000 penjawat awam negeri ini.

Selain penjawat awam, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan kewangan itu kepada empat lagi kategori penerima melibatkan nilai RM500 dan RM200.

Iklan
Iklan

Bantuan RM500 diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKKR), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) dan Tok Batin manakala RM200 kepada Setiausaha JPKK, yang keseluruhannya melibatkan 2,773 orang.

Selain itu, bantuan RM200 juga diberikan kepada 700 anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4,500 pesara kerajaan negeri dan 7,000 ibu tunggal miskin di negeri ini.

Iklan

"Bantuan khas ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM12.95 juta dengan jumlah keseluruhan penerima seramai 22,973 orang," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Wan Rosdy berharap bantuan itu dapat meringankan beban penerimanya dalam membuat persiapan hari raya yang dijangka disambut pada 22 April ini.

Iklan