JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia

Iklan
Tunku Ismail

PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.

Menurut Tunku Ismail, ia adalah fakta yang sukar untuk disangkal menerusi beberapa kejayaan yang telah dibuktikan juara sembilan kali Liga Super itu di pentas domestik mahupun di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita".

"JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta," kata Tunku Ismail menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, officialjohor pada Isnin.

Iklan

Malah, perlawanan membabitkan Harimau Selatan di semua platform Astro mengungguli rating tontonan sekali gus memberikan nilai tambah dalam pembayaran hak penyiaran kepada semua pasukan.

Di pentas Asia, JDT merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan musim lalu mereka berjaya mencipta sejarah mara sehingga peringkat 16 pasukan terbaik.

Iklan

Ia merupakan kejayaan luar biasa dicapai JDT dan membuka mata ramai pihak mengenai kekuatan pasukan dari Malaysia.