Fahmi cuba beri gambaran silap - Wan Saiful

Iklan
Wan Saiful

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berhubung sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Wan Saiful berkata, semasa sesi tersebut, hanya ahli Parlimen yang disebut oleh Speaker sahaja yang dibolehkan bertanya soalan kepada Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Ujarnya, Speaker juga hanya membenarkan satu soalan tambahan daripada penyoal asal dan juga pihak blok lain.

"Maksudnya, kalau giliran saya tanya soalan asal, hanya saya saja dari sebelah Perikatan Nasional (PN) boleh tanya satu soalan tambahan, dan hanya seorang lagi dari kerajaan boleh tanya satu soalan selepas soalan saya,” katanya dalam siaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Pada Selasa, Fahmi menerusi hantaran di Facebook mengulas mengenai ketidakhadiran beberapa pemimpin PN di Dewan Rakyat seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang

Menurutnya, sesi soal jawab bersama Perdana Menteri itu merupakan peluang terbaik kepada pihak pembangkang untuk membangkitkan soalan dan isu tertentu secara bersemuka.

Iklan

Dalam pada itu, ulas Wan Saiful, kenyataan Fahmi itu dilihat cuba memberi gambaran yang salah tentang sesi berkenaan.

"Jadi janganlah beri gambaran seolah-olah dalam slot Pertanyaan Perdana Menteri ini, Ketua Pembangkang atau Ketua Parti boleh turut serta dalam tanya soalan. Tak boleh pun sebenarnya. Jangan spin ke arah persepsi yang salah.

"Tambahan lagi, setakat saya lihat, Perdana Menteri banyak mengelak dari beri jawapan penuh atau Perdana Menteri tak tahu jawapan penuh.

"Banyak yang meleret-leret tanpa fakta tuntas. Ada masa sebut nama akta pun tak jelas. Ayat pun kadang-kadang cacamarba,” ulasnya.