Tutuplah...tutup semua, kata Najib

Iklan
Najib

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas keputusan kerajaan mahu menutup beberapa Klinik 1Malaysia, mendakwa klinik berkenaan berdepan dengan masalah kos tidak efektif.

Menurutnya, perkhidmatan kerajaan untuk rakyat tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi sebaliknya memikirkan kebajikan dan keperluan rakyat.

Iklan
Iklan

"Siapa pernah pergi Klinik 1Malaysia? Kerajaan sekarang nak tutup Klinik 1Malaysia. Katanya sebab kos tidak efektif.

Maknanya kerajaan rugi sebab Klinik 1Malaysia. Boleh terima alasan ini? Mereka ingat ini bisnes atau apa?,” soalnya dalam laman Facebook beliau, sebentar tadi.

Iklan

Secara sinis, Ahli Parlimen Pekan itu menggesa kerajaan menutup klinik bergerak, balai polis, balai bomba, lampu jalan dan perkhidmatan kerajaan lain terutamanya di kawasan pedalaman.

"Semuanya tidak kos efektif. Buat apa kita nak buka lagi? Tutup saja lah semuanya.

Iklan

"Perkhidmatan kerajaan untuk rakyat tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi. Kita fikirkan kebajikan dan keperluan rakyat,” ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan adakah beliau melakukan kesalahan dengan mewujudkan Klinik 1Malaysia, bertujuan memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat kepada rakyat.

Bahkan, katanya, beliau juga mempertimbangkan kos sara hidup rakyat pada masa itu dan enggan rakyat terbeban dengan kos perubatan sektor swasta yang kadangkala mencecah RM100.

"Salahkah apa yang saya buat dulu? Sepatutnya kerajaan hari ini mampu buat lebih banyak berbanding masa saya sebab sudah menjarah berpuluh bilion dari rizab Petronas.

"Malah ada yang dengan bangganya umumkan bahawa peruntukan RM29 bilion dalam Belanjawan 2019 adalah yang tertinggi pernah diterima Kementerian Kesihatan sepanjang sejarah belanjawan negara.

"Jadi mengapa ini berlaku? Tutuplah. Tutup semua,” ujarnya.