Laman web Imigresen ditutup sementara

Iklan
Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

PUTRAJAYA - Perkhidmatan laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran dilaksanakan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Imigresen menerusi hantaran di laman Facebook jabatan itu pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Sebarang pertanyaan sila hubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/.

"Segala kesulitan amat dikesali," tulis jabatan itu.

Iklan

Terdahulu laman sesawang Imigresen dipercayai digodam oleh pihak yang menggelarkan dirinya sebagai CaptainSmok3r.

Tindakan itu menyebabkan pelayar tidak dapat mengakses masuk laman sesawang tersebut kerana terlalu lama untuk dimuat naik.

Iklan