Australia haramkan TikTok pada peranti rasmi

Iklan
Kerajaan Australia pada Selasa memutuskan untuk melarang pegawainya menggunakan aplikasi perkongsian video TikTok pada peranti masing-masing.

ANKARA - Kerajaan Australia pada Selasa memutuskan untuk melarang pegawainya menggunakan aplikasi perkongsian video TikTok pada peranti masing-masing.

Dalam satu kenyataan Peguam Negara Mark Dreyfus berkata, beliau meluluskan arahan mandatori yang melarang jabatan dan agensi memasang aplikasi China itu pada peranti, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

"Selepas menerima nasihat daripada agensi perisikan dan keselamatan, saya hari ini memberi kuasa kepada setiausaha Jabatan Peguam Negara untuk mengeluarkan arahan mandatori di bawah Rangka Kerja Dasar Keselamatan Perlindungan yang melarang aplikasi TikTok pada peranti milik jabatan dan agensi Komanwel.

Beliau berkata, pengecualian hanya akan diberi mengikut kes tertentu.

Iklan

Australia menjadi negara terakhir dalam"Five Eyes", sebuah perikatan perisikan yang terdiri daripada Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang melarang pegawai mereka menggunakan TikTok pada peranti rasmi masing-masing.

Pegawai TikTok di Australia menyifatkan keputusan itu"mengecewakan."

Iklan

"Kami kecewa dengan keputusan ini. Pada pandangan kami, ia didorong oleh politik dan bukan fakta," menurut berita ABC memetik pengurus besar TikTok di Australia, Lee Hunter. - Bernama-Anadolu