McDonald's tutup pejabat di AS menjelang pemberhentian pekerja

Iklan
McDonald's telah menutup pejabatnya di Amerika Syarikat selama beberapa hari sebelum memaklumkan mengenai pemberhentian kakitangannya. - AFP

CHICAGO - McDonald's telah menutup pejabatnya di Amerika Syarikat selama beberapa hari sebelum memaklumkan mengenai pemberhentian kakitangannya, lapor Xinhua.

Media tempatan pada Isnin memetik e-mel dalaman syarikat rangkaian makanan segera yang berpangkalan di Chicago sebagai berkata, bahawa kakitangan korporat AS dan beberapa pekerja di luar negara harus bekerja dari rumah sementara menunggu maklum balas mengenai status perkhidmatan mereka.

Iklan
Iklan

McDonald's akan memaklumkan kepada pekerjanya minggu ini tentang keputusan mengenai penamatan kakitangan sebagai sebahagian daripada program penstrukturan"Accelerating the Arched" yang diumumkan pada awal Januari, yang lebih terarah kepada"penghantaran, ‘Drive Thru’, digital dan pembangunan".

Kira-kira 70 peratus daripada pekerja terbabit berpangkalan di luar Amerika Syarikat.

Iklan

McDonald's melaporkan jualan globalnya meningkat hampir 11 peratus pada 2022, manakala jualan di Amerika Syarikat meningkat hampir enam peratus.

Penamatan perkhidmatan kakitangan semakin meningkat di Amerika Syarikat, terutamanya membabitkan sektor teknologi.

Iklan

IBM, Microsoft, Amazon, Salesforce, Meta, Twitter dan DoorDash telah mengumumkan pemberhentian pekerjanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Rizab Persekutuan sebelum ini meramalkan bahawa kadar pengangguran AS mungkin meningkat kepada 4.6 peratus menjelang akhir tahun ini. - Bernama-Xinhua