Hamzah, Muhyiddin, Hadi 'hilang' 7 kali berturut - Tze Tzin

Iklan
Gambar daripada Fahmi Fadzil menunjukkan tiga kerusi pembangkang di hadapan Perdana Menteri kosong ketika sesi PMQT pada Selasa. - Foto Twitter Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa sekali lagi menyaksikan tiada kelihatan kelibat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bukan hanya beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN - Pagoh) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN - Marang) juga tidak kelihatan ketika sesi tersebut berlangsung.

Iklan
Iklan

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitternya berkata dalam sesi tersebut, dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof turut hadir tetapi tidak bagi pemimpin tertinggi pembangkang.

"Malangnya, sekali lagi Ketua Pembangkang, Hamzah, Muhyiddin dan Abdul Hadi tidak hadir dan tidak menanyakan soalan.

Iklan

"Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri diadakan setiap Selasa.

"Ini peluang terbaik Pembangkang bangkitkan soalan, berdepan, dan bersemuka dengan Perdana Menteri,” tulis beliau.

Iklan

‘Kehilangan’ tiga pemimpin itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang mendakwa ketiga-tiga pemimpin itu sudah ‘hilang tujuh kali berturut-turut’.

"Di United Kingdom - Prime Minister Question Time (PMQT) adalah medan PM vs Ketua Pembangkang.

"Di Malaysia - Ketua Pembangkang Hamzah, Muhyiddin dan Abdul Hadi hilang tujuh kali berturut-turut,” ciapnya.

Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing juga mengkritik tindakan tiga pemimpin itu yang selalu tiada ketika sesi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat itu.

"Pagoh, Marang dan Larut masih tidak kelihatan dalam dewan.

"Sedangkan Perdana Menteri telah mula menjawab soalan sesi PMQT.

"Setakat ini, trio ini tidak pernah wujud berdepan dan berdebat dengan PMX dalam Dewan Rakyat,” ujarnya. - Awani