Tujuh individu ditahan ingkar waktu operasi jual makanan

Iklan
Tindakan seorang tauke bersama tiga pembantunya di Kampung Belimbing, Tanah Merah menjual makanan diluar waktu yang ditetapkan membawa padah apabila mereka ditahan anggota Jaheaik pada Selasa.

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Tindakan seorang tauke bersama tiga pembantunya menjual makanan diluar waktu yang ditetapkan di Kampung Belimbing dekat sini membawa padah apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) pada Selasa.

Turut ditahan tiga lelaki yang dipecayai pelanggan bagi membantu siasatan dalam serbuan pada jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, kesemua wanita yang berusia 20 hingga 40 tahun itu dikenakan tindakan di bawah Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019.

"Kesemua mereka dibawa ke pejabat Jaheaik untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Fadzuli berkata, serbuan tersebut dilakukan berdasarkan maklumat orang awam.

Salah seorang pegawai Jaheaik menunjukkan makanan yang siap sedia untuk dijual seawal jam 11.30 pagi di kedai berkenaan.

Ujarnya, tindakan peniaga terbabit menjual makanan kepada orang Islam diluar tempoh masa yang dibenarkan iaitu sebelum jam 3 petang adalah tidak menghormati bulan Ramadan.

Iklan

Mohd Fadzuli memberitahu, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun.

"Kami memohon kerjasama orang ramai untuk sama-sama menyalurkan maklumat jika ada mengesan aktiviti begini berlaku," katanya.

Tambah beliau, serbuan tersebut turut dilakukan bersama dengan bantuan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).