Pemohon ada rekod lampau tak dibenar dapat permit jual mercun

Iklan
Muhammad Zaki - Foto Bernama

KOTA BHARU - Sebanyak 34 permohonan permit penjualan mercun dan bunga api diluluskan oleh polis Kelantan, manakala tiga ditolak kerana tidak menepati syarat dalam tempoh setakat Selasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah permohonan selebihnya iaitu 48 lagi masih dalam proses penelitian dan penilaian.

Iklan
Iklan

"Permohonan-permohonan yang tidak diluluskan itu kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk pengeluaran permit.

"Syarat-syarat berkaitan dengan soal keselamatan yang wajib dipatuhi seperti premis tempat penyimpanan, penjualan dan jenis-jenis mercun yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk kepada 680 kakitangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini pada Selasa.

Iklan
Awang (kanan) menyerahkan bubur lambuk kepada Muhamad Zaki (kiri) untuk agihan kepada kakitangannya.

Turut hadir, wakil penyumbang, Pengurus Nestle Malaysia Cawangan Pantai Timur, Awang Abdullah.

Muhamad Zaki berkata, senarai syarat itu sudah diedarkan sebagai panduan kepada pemohon sebelum ini dan menjangkakan jumlah permohonan akan meningkat.

Iklan

"Kami tidak ada sekatan selagi permohonan dibuat dengan memenuhi syarat dan dipastikan keselamatan awam terjamin. Pemantauan juga akan dilakukan selepas permit itu diluluskan.

"Bagaimanapun, pemohon-pemohon yang mempunyai rekod lampau kesalahan berkaitan tidak boleh dibenarkan mendapat permit,” katanya.

Tambah beliau, mereka yang mempunyai permit boleh melakukan penjualan secara dalam talian namun tidak dibenarkan pos bahan tersebut.

"Urusan jual beli boleh dibuat di dalam talian namun untuk penyerahan barang atau mercun itu perlu dibuat secara bersemuka,” katanya.