SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menahan dua individu termasuk seorang pembantu penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 daripada seorang pemilik kedai runcit pada 2020.
Sumber berkata, suspek pertama yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam bersama suspek kedua dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kedai runcit terbabit di bawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki dan menjual rokok seludup.