Pemuda UMNO sekali lagi desak tubuh RCI untuk Najib

Iklan
Dr Akmal (duduk, tengah) ketika sidang akhbari pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO sekali lagi mendesak kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia adalah bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan dijalankan sebaik mungkin terhadap kes tersebut.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, ini kerana berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan salah seorang hakim, ia seolah-olah keadilan untuk Najib telah dinafikan.

"Keadilan ini cara terakhir yang kami nampak. Kami mohon agar kerajaan dengar desakan kami,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat bersama pemuda parti di sini pada Selasa.

Iklan

Pada 31 Mac, Sinar Harian melaporkan hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Najib dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, peguam Najib dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir.

Iklan

Tambah Akmal, desakan untuk penubuhan RCI tersebut juga akan dihabtar kepada Perdana Menteri dan ahli kabinet.

"Ia agar keadilan bagi Najib dapat ditegakkan bersama. Kami nak minta keadilan mesti ditegakkan terlebih dahulu sebelum minta pengampunan raja,” ujarnya.