GRAHAM Potter bakal menerima wang pampasan kira-kira13 juta pound (RM71.1 juta) selepas dipecat sebagai pengendali Chelsea pada Ahad lalu.
Pampasan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan dibelanjakan Chelsea untuk ketua jurulatih sahaja dalam tempoh sembilan bulan, mencecah 50 juta pound (RM273.5 juta).
Iklan
Iklan
Chelsea membayar 22 juta pound (RM120.4 juta) kepada Brighton untuk mendapatkan Potter dan kakitangan sokongannya secara kontrak pada September tahun lalu, selepas membayar 10 juta pound (RM54.7 juta) kepada Thomas Tuchel.
Perbelanjaan besar memaksa Chelsea melepaskan sebahagian pemainnya pada jendela perpindahan musim panas ini bagi memenuhi tuntutan peraturan perbelanjaan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mana kelab itu mencatat kerugian 121 juta pound (RM661.8 juta) bagi musim 2021/2022.
Jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan 550 juta pound (RM3 bilion) ke atas pemain baharu sejak Todd Boehly mengambil alih Chelsea pada musim panas lalu.
Lebih malang pendapatan Chelsea juga bakal merosot musim depan akibat kegagalan layak ke pertandingan Eropah - yang bernilai sekitar 80 juta pound (RM437.5 juta).
Artikel Berkaitan