KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperuntuk RM436 juta bagi membaik pulih infrastruktur dan mengganti peralatan usang di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk menyediakan kemudahan akses kepada pelajar orang kurang upaya (OKU).
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, semua projek pembangunan infrastruktur dan pengubahsuaian di IPTA adalah mematuhi garis panduan serta peraturan bagi perancangan bangunan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Standard dan Kos Kementerian Ekonomi dalam menyediakan kemudahan akses untuk pelajar OKU.
"Garis panduan ini beri perhatian khusus dalam menyediakan kemudahan kepada pelajar OKU. Untuk makluman juga, peruntukan RM436 juta ini merangkumi pelaksanaan projek baharu dan sambungan kategori fizikal untuk penyelenggaraan peralatan usang dan pembinaan, mengambil kira semua projek Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah bermula pada 2021, maka semua pelaksanaan projek pembinaan telah mematuhi penyediaan fasiliti OKU,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian itu di Dewan Negara pada Selasa.
Mohammad Yusof berkata, bagi bangunan lama yang masih belum dilengkapi sepenuhnya dengan fasiliti OKU, KPT menerima peruntukan sebanyak RM15 juta pada 2022 melalui inisiatif bajet Kementerian Kewangan iaitu RM11 juta kepada universiti awam (UA) manakala baki RM4 juta untuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi menambah baik kemudahan OKU.
"Kerajaan turut beri keutamaan khusus kepada permohonan fasiliti OKU dalam setiap permohonan rolling plan dan tiada sebarang diskriminasi terhadap golongan OKU malah kerajaan juga sehabis baik menjaga hal ehwal dan kebajikan pelajar OKU,” katanya.
"Pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kita terus laksanakan demi pemerkasaan OKU antaranya pemberian insentif dan biasiswa kepada mereka yang berjaya lanjut pengajian tinggi dan mewujudkan laluan kemasukan khas golongan OKU ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
"Melalui laluan khas ini bagi sesi akademi 2022-2023, sebanyak 51.64 peratus pemohon kategori OKU lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) serta yang setaraf dan layak telah ditawar ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA,” katanya.
Beliau berkata, semua 20 UA di bawah kementerian serta politeknik dan kolej komuniti dilengkapi sekurang-kurangnya satu daripada kemudahan asas mesra OKU seperti peralatan pembelajaran, laluan tangga, parkir dan tandas. - Bernama