Dua lelaki ditahan, mercun dan bunga api dirampas di Mersing

Iklan
Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa lesen, dalam dua serbuan berasingan di Mersing. - Gambar hiasan

MERSING - Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa lesen, dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan pada 28 Mac lepas dan semalam, selain turut merampas kesemua barangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM16,200.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, serbuan ke atas kediaman di Endau dan Felda Tenggaroh itu, dilakukan oleh pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing hasil daripada risikan.

"Antara yang dirampas adalah 86 kotak kecil 'Happy Boom Bee', 48 kotak 'Happy Boom Cili Padi', 40 kotak 'Happy Boom Pili Cracker', 40 bungkus mercun bola Thai dan 37 kotak 'Happy Boom Glow of Sunset' serta 36 kotak 'Happy Boom Mancis'.

Iklan

Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, hasil semakan mendapati kedua-dua lelaki terbabit tidak mempunyai rekod lampau.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Iklan

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penjualan mercun boleh menghubungi IPD Mersing di talian 07-7992222 atau hotline 07-7996224 atau datang ke balai polis berhampiran," katanya. - Bernama