KUALA LUMPUR - Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi ditaja Malaysia pada Sesi ke-52nya yang berlangsung pada Isnin.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan selain Malaysia, resolusi bertajuk"Promoting Human Rights and Sustainable Development Goals through Transparent, Accountable and Efficient Public Services Delivery” itu turut ditaja oleh Azerbaijan, Georgia, Thailand, Türkiye, Kenya dan Ecuador.