Pembabitan rakyat dalam aktiviti KDN mudahkan penyaluran polisi

Iklan
Shamsul Anuar menyampaikan sumbangan kepada kakitangan warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Majlis Penerapan Nilai Murini dan Berbuka Puasa di Petaling Jaya pada Selasa. - Foto Bernama

PETALING JAYA - Penglibatan rakyat dalam setiap aktiviti anjuran agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memudahkan penyaluran dan pelaksanaan polisi atau dasar kementerian itu kepada golongan akar umbi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, penglibatan seumpama itu juga akan memudahkan rakyat memahami dasar kementerian serta mengeratkan hubungan baik yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Iklan
Iklan

"Sebagai contoh, rakyat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa serta menyampaikan maklumat tertentu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Iftar Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

Iklan

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid. - Bernama

Iklan