Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Jamek Taman Yayasan

Iklan
Sultan Nazrin (tengah) berkenan menanam anak pokok kayu manis pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Taman Yayasan di Taiping pada Selasa. - Foto Bernama

TAIPING - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada Selasa berkenan berangkat ke majlis perasmian Masjid Jamek Taman Yayasan dekat sini.

Ketibaan baginda kira-kira 6.50 petang disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Mufti Perak Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh.

Iklan
Iklan

Sultan Nazrin kemudian berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 500 jemaah dan menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid yang siap dibina pada 5 Julai 2013 itu, sebelum berangkat ke majlis santapan, diikuti solat isyak serta solat tarawih.

Baginda berangkat pulang kira-kira pukul 10 malam selepas sesi bergambar.

Iklan

Masjid yang boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah itu mula dibina bermula pada 23 April 2012 yang dilengkapi ruang solat utama, bilik imam, tempat wuduk wanita dan lelaki, kemudahan pengurusan jenazah dan pejabat pentadbiran. - Bernama

Iklan