Lima perancangan IKMa buat pelajar, graduan UKKM

Iklan
Majlis Berbuka Puasa Bersama Media yang dianjurkan IKMa. (Gambar kecil: Mohd Ali)

KUALA LUMPUR - Lima perancangan dilakukan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) terhadap pelajar dan graduan daripada Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang bakal dibuka pada Mei depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Ali Mansor berkata, perancangan itu bertujuan agar koperasi dapat diusahakan golongan muda memandangkan ia kini dimonopoli golongan berusia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lima perancangan itu termasuk mempelawa koperasi besar untuk menjadi pemegang saham kepada universiti tersebut.

"Kedua, pihak kami meminta koperasi besar ini juga menghantar pelajar, anak-anak dan ahli memasuki universiti ini.

Iklan

"Kelima, jika ada kekosongan, kita akan minta mereka menerima para pelajar ini untuk menjadi tenaga kerja di tempat masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Media pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata, meskipun pihaknya mempunyai sasaran agar graduan dapat menubuhkan koperasi, namun perkara itu agak mustahil bagi anak muda lakukan selepas tamat pengajian.

Iklan

"Sebab mereka lepasan baharu keluar, tidak mempunyai modal, pengalaman dan juga akan hadapi pelbagai cabaran,” ujarnya.

Justeru, beliau berkata, dengan strategi menghantar pelajar ke latihan industri di koperasi besar dan seterusnya bekerja, ia memberi peluang kepada mereka mencari pengalaman.

"Ini rantaian saya lihat akan lebih berjaya berbanding kita menguar-uarkan untuk jadi usahawan, tubuh koperasi tetapi tidak ada asas yang cukup,” katanya.

Tambah beliau, bagi pengambilan pertama, ia akan melibatkan 30 pelajar bagi program Pengurusan Koperasi (sarjana).

Jelasnya, bagi empat program lain, program Pengurusan Koperasi bagi peringkat diploma dan ijazah sarjana muda, Pentadbiran Koperasi (diploma dan ijazah sarjana muda), pengambilan akan dilakukan kemudian.

"Lebih baik kita mulakan sarjana terlebih dahulu sebab kita sebenarnya mempunyai sasaran untuk meningkatkan kualiti pengurusan khususnya koperasi yang besar.

"Kita ada tiga pengambilan setahun. Setakat ini ada 30 pelajar dalam satu kumpulan. Jadi kita sasar akan ada 90 pelajar dalam setahun,” ujarnya.