Usah cemari Ramadan dan Aidilfitri dengan video muzik jelik

Iklan
Foto hiasan

TERINGAT Merak Jalanan pada tahun lalu apabila ada usahawan yang popular di media sosial dengan pelbagai produk jualannya dikecam kerana menghasilkan video muzik Hari Raya Aidilfitri.

Diimbas kembali, dua video muzik oleh dua usahawan itu mendapat pelbagai reaksi masyarakat termasuk kementerian yang berkaitan.

Iklan
Iklan

Mana tidaknya, video itu tak bersesuaian langsung dengan sambutan Syawal.

Video tersebut memaparkan penari lelaki yang berperwatakan wanita dengan gaya melampau.

Iklan

Malah, ada yang menyifatkan tarian dalam video muzik itu sebagai satu cara halus menormalisasikan penyimpangan fitrah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Satu lagi paparan video pula menunjukkan unsur drag queen.

Iklan

Merak Jalanan tabik dengan tindakan tegas kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) apabila mengheret dua usahawan berkenaan ke mahkamah serta dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tahun ini, usahawan kontroversi itu sekali lagi mengundang rasa kurang senang apabila memuat naik video teaser lagu raya terbaharunya.

Kali ini, dia memakai set baju lengkap berwarna biru yang ketat dan bersamping, manakala beberapa penari lelaki berpenampilan sama sepertinya membuat tarian yang bukan sahajamenyakitkan mata, tapi menyakitkan hati juga.

Merak Jalanan hairan, kenapa usahawan yang satu ini tak pernah serik-serik? Satu demi satu kontroversi, seolah-olah sengaja ditimbulkan supaya menjadi trending di media sosial.

Merak Jalanan nak ingatkan, jangan buat malu orang Melayu. Tak salah kalau nak berkarya tapi biar kena dengan tempatnya. Tidak salah kalau kali ini SKMM ambil tindakan yang lebih berat.

Merak Jalanan nasihatkan, jangan keluarkan video tersebut di bulan yang mulia ini. Jangan cemari bulan Ramadan dan Aidilfitri dengan video jelik tersebut!