Peniaga bazar kena tingkatkan kualiti, kebersihan makanan

Iklan
Foto hiasan.

BAZAR Ramadan masih terus menjadi pilihan meskipun saban hari kita dihidangkan dengan perkongsian penbeli yang tidak berpuas hati terbeli makanan yang didakwa basi, hangit dengan harga cekik darah.

Setakat 30 Mac lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) te memeriksa 17,920 premis perniagaan termasuk lebih 6,000 bazar Ramadan menerusi Op Pantau di seluruh negara sejak 23 Mac lalu sehingga semalam.

Iklan
Iklan

KPDN menerima 283 aduan daripada pengguna berhubung pelbagai isu dengan kebanyakannya membabitkan isu harga barang.

Terbaharu kaji selidik KPDN mendapati 69 peratus daripada 1,148 peniaga bazar Ramadan menyatakan peningkatan pelanggan ke premis mereka.

Iklan

Peningkatan itu membabitkan bazar Ramadan di kawasan bandar, luar bandar dan bazar Ramadan peringkat negeri.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia berdasarkan kaji selidik dijalankan pada 31 Mac lalu membabitkan responden berkenaan dilakukan bagi mendapatkan maklum balas peniaga berhubung sambutan pengguna terhadap aktiviti jualan di bazar Ramadan pada tahun ini.

Iklan

Walauapa sekalipun, penjual perlu bertanggungjawab dengan memastikan makanan dan minuman yang dijual perlu bersih, tidak mengitar semula makanan yang dijual serta terjamin kebersihannya.

Ini kerana kita tidak mahu insiden keracunan makanan berlaku yang akhirnya akan menyusahkan pembeli malah ada yang terpaksa berhadapan maut kerana makan benda yang tercemar.

Kejadian terbaharu menimpa tiga sekeluarga apabila juadah berbuka puasa yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan di daerah Kuala Selangor didakwa basi dan berlendir adalah amat mengecewakan.

Bagi mengatasi isu kebersihan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, inisiatif yang dimulakan di Putrajaya itu memudahkan semua pihak untuk membuat aduan.

KKM juga secara rawak mengambil sampel makanan di bazar Ramadan bagi memastikan isu keracunan makanan dapat diatasi.

Jelasnya, KKM akan melakukan perkara sama di setiap negeri dan perkara ini memang dilaksanakan setiap tahun. Isu keselamatan makanan adalah penting dan diutamakan.