Ayam sabung libas tuan

Iklan
Mangsa terkejut selepas ayam sabung miliknya meluru ke arahnya sebaik dilepaskan. - Agensi

MANZANILLO - Seorang lelaki di Mexico cedera parah dan kehilangan banyak darah selepas terkena taji yang diikat pada kaki ayam sabungnya.

Insiden malang itu berlaku semasa aktiviti sabung ayam di Villa de Alvares di pinggir bandar Colima baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, mangsa dilihat bersedia melepaskan ayam sabungnya untuk bertarung dengan seekor lagi ayam jantan.

Mangsa yang tidak sempat melarikan diri mengalami luka teruk pada bahagian kaki dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Iklan

Difahamkan, gelanggang sabung ayam tersebut pernah ditutup pada 2021.

Pada awal Januari lalu, dua lelaki maut akibat terkena libasan taji ayam sabung dalam kejadian berasingan di India. - Agensi

Iklan