Beleda kering

Iklan
Agar-agar kering atau lebih dikenali penduduk setempat dengan panggilan 'beleda kering' yang diusahakan Nik Nur Radhiah Nik Kamaruzaman, 32, di Kampung Seterpa, Peringat di sini.

Pembuatan manisan ini diwarisinya turun-temurun daripada nenek moyangnya sejak lebih 40 tahun lalu.

Setiap kali Ramadan manisan tradisional ini masih menjadi buruan penggemarnya terutama bagi tujuan menambah seri meja untuk dihidangkan kepada tetamu hanya pada hari raya.

Meskipun hanya dijamu sekali setahun menu tradisional yang unik dan berwarna-warni ini sentiasa mendapat perhatian penggemarnya tanpa mengira peringkat usia.