MANJUNG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjatuh dalam laut di Terminal Maritim Lumut di sini pada Rabu.
Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan pada jam 5.30 pagi membabitkan mangsa berusia lingkungan 20-an.
Iklan
Iklan
Ketua Operasi, Mohd Azizi Zakaria berkata, lori berkenaan terjatuh dalam laut pada anggaran kedalaman 11 meter.
"Kapal berdekatan dengan pelabuhan telah ditarik bagi memudahkan operasi menyelamat dilakukan," katanya.
Dua unit kren dari pelabuhan dalam tindakan untuk membawa naik lori ke tebing.- Foto Bomba Perak
Iklan
Menurut beliau, operasi menyelamat masih dilakukan dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor.
"Dua unit kren dari pelabuhan, dalam tindakan untuk membawa naik lori ke tebing," katanya.
Iklan