Serangan Al-Aqsa: Umat Islam digesa boikot Israel

Iklan
Mohd Azmi (Laporan Sinar Harian.)

SHAH ALAM - Umat Islam digesa melancarkan boikot ke atas Israel susulan insiden serangan di Masjid Al-Aqsa yang semakin memuncak.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, insiden yang berlaku itu disifatkan menghina dan tidak menghormati kawasan suci lebih-lebih lagi bulan Ramadan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan tegang semakin memuncak kerana terdapat rancangan pencerobohan peneroka Israel dan pergolakan upacara korban haiwan mulai Khamis.

"Kami menyeru semua pemimpin dan umat Islam di seluruh dunia untuk mengutuk keras serta membantah negara pengganas Israel,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tegas beliau, masyarakat dunia mesti menangani serangan jenayah yang berlaku secara berterusan ke atas masjid dengan penguatkuasaan penuh undang-undang antarabangsa agar menyekat Israel dari meneruskan pencerobohan.

Tambahnya, negara-negara Islam perlu melancarkan boikot penuh supaya dapat memberi tekanan antarabangsa terhadap negara berkenaan.

Iklan

"Kami menyeru pemimpin Islam untuk menamatkan sebarang bentuk normalisasi dengan Israel.

"Malam tadi, sekali lagi serbuan berulang telah menyasarkan musalla Qibli dan mereka bertekad menyekat akses serta mengusir jemaah yang menuntut hak tinggal di masjid untuk melakukan i'tikaf,” jelasnya.