Pochettino calon sesuai latih Chelsea

Iklan
Pochettino - Foto Agensi

BEKAS pemain England, Gary Neville menganggap Mauricio Pochettino adalah pengurus yang ideal untuk mengambil alih Chelsea yang dirundung prestasi tidak menentu ketika ini.

The Blues mengintai bos baharu buat kali kedua musim ini, setelah memecat Graham Potter kurang tujuh bulan selepas dia menggantikan Thomas Tuchel di Stamford Bridge.

Iklan
Iklan

Di bawah kendalian Potter dan Pengarah Sukan Chelsea, Todd Boehly The Blues telah berbelanja besar pada jendela perpindahan lalu dengan menyerap masuk muka baharu termasuk pemain muda.

Bagi bergerak ke hadapan dengan perbelanjaan mungkin dihadkan, bermakna pengendali baharu mungkin perlu berurusan dengan pemain sedia ada.

Iklan

Justeru Neville percaya Pochettino yang merupakan bekas pengurus Tottenham Hotspur adalah individu yang sesuai kerana pengalamannya dalam menguruskan pemain muda.

Beliau berkata, Chelsea juga mempunyai beberapa pilihan lain termasuk melantik bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane atau Diego Simeone.

Iklan

"Jika lantik Zidane atau Simeone, Chelsea perlu berbelanja kira-kira 300 juta pound (RM1.6 bilion) lagi kerana mereka (Zidane atau Simeone) tidak akan menyukai beberapa pemain yang telah ditandatangani sebelum ini.

"Mereka perlu melantik pengurus yang akan mewarisi pemain dan skuad sedia ada. Ramai daripada mereka masih muda dan saya fikir individu itu ialah Mauricio (Pochettino),” ujar Neville.