DOF nafi ikan tilapia tidak selamat dimakan

Iklan
Tular poster di WhatsApp yang mendakwa ikan tilapia tidak selamat dimakan.

SHAH ALAM - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menafikan dakwaan ikan tilapia tidak selamat dimakan dan menyebabkan kanser kepada pengguna.

Ketua Pengarah DOF, Datuk Adnan Hussain berkata, hebahan palsu di WhatsApp itu mendakwa ikan tilapia tidak selamat untuk dimakan dan menyebabkan penyakit seperti kanser adalah tindakan tidak bertanggungjawab bagi menakutkan pengguna di negara ini.

"Ikan tilapia merupakan ikan air tawar yang popular di kalangan masyarakat Malaysia selain ikan keli," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Jelasnya, tiada laporan secara spesifik berkaitan kesan negatif kepada manusia yang memakan ikan tilapia yang telah diberi makan Organisma Terubah Suai (GM) soya atau jagung seperti yang didakwa.

"Terdapat 200 ladang akuakultur yang dipantau mempunyai sijil Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan kawalan penyakit bagi menjamin kualiti pengeluaran sumber akuakultur negara.

Iklan
Iklan

"Merujuk kepada Perangkaan Tahunan Perikanan pada 2021, pengeluaran akuakultur ikan tilapia merupakan antara penyumbang sekuriti makanan yang tertinggi selain ikan keli dan ikan patin,” katanya.