Negeri Sembilan teruskan tradisi Program Mantai Perdana

Iklan
Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan tradisi mantai di negeri ini menerusi Program Mantai Perdana yang akan berlangsung pada 20 April ini - Gambar hiasan

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan tradisi mantai di negeri ini menerusi Program Mantai Perdana yang akan berlangsung pada 20 April ini membabitkan 22 lokasi.

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, program ini akan dipengerusikan oleh Exco Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir yang akan menyelaraskan perjalanan program bagi memudahkan urusan jualan dan pembelian daging.

Iklan
Iklan

"Dalam mesyuarat mingguan exco hari ini harga jualan daging yang dicadangkan oleh kerajaan Negeri Sembilan adalah sebanyak RM37 sekilogram.

"Berapa kilogram daging yang bakal dijual nanti masih belum dimuktamadkan dan konsep jualannya sama seperti tahun lalu yang mana pembeli boleh membuat pesanan dalam talian menerusi aplikasi Agrobazar Online bagi menempah daging kemudian mengambil pesanan itu di lokasi berkenaan," katanya selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata, kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Negeri Sembilan (Perbadanan) atau Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporation (MBI) memberikan Bantuan Khas Kewangan RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 433 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

"433 Setiausaha MPKK turut menerima BKK sebanyak RM600 seorang yang membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM692,800.

Iklan

"Bantuan ini bagi menghargai peranan Pengerusi dan Setiausaha MPKK di kawasan masing-masing. Semoga bantuan ini akan menyemarakkan lagi semangat MPKK untuk bekerja lebih kuat membantu rakyat,” katanya.