Lelaki ditahan bersama 6,000 pil kuda bernilai RM60,000

Iklan
Pil kuda yang dirampas daripada suspek di Jeli.

Ditahan polis kerana dipercayai mengedar dadah

JELI - Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki dalam sebuah kereta di tepi Jalan Jeli-Dabong, Kampung Lama Kuala Balah, di sini, pada Selasa membongkar penemuan 6,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM60,000.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, suspek berusia 47 tahun ditahan pada jam 11 malam.

Iklan
Iklan

"Polis yang memperkenalkan diri membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek dan beg silang berwarna hitam yang dipakai lelaki itu.

"Pemeriksaan di dalam beg itu menjumpai bungkusan kertas mengandungi 6,000 butir dipercayai dadah jenis pil kuda yang dianggar seberat 600 gram,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau penagihan dan pemilikan dadah.

"Ujian urin terhadapnya juga mendapati dia positif dadah jenis metamphetamine.

Iklan

"Kesemua dadah tersebut dirampas dan suspek ditahan reman selama tujuh sehingga Selasa depan untuk siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar.