Harimau Muda dalam kumpulan maut

Iklan
Elavarasan

SKUAD bola sepak Bawah 22 tahun (B-22) negara dijangka berdepan laluan berliku apabila diundi dalam ‘kumpulan maut’ pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 bulan depan.

Skuad kendalian E Elavarasan itu diundi dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan, Vietnam dan pemenang pingat emas terbanyak Sukan SEA, Thailand selain Singapura dan Laos.

Iklan
Iklan

Undian pada Rabu itu menyaksikan skuad Harimau Muda kini perlu memanfaatkan tempoh masa sedia ada dengan melakukan persiapan rapi.

Sementara itu, saingan Kumpulan A pula menyaksikan Kemboja diundi bersama Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.

Iklan
Iklan

Sebagai rekod, dua pasukan teratas daripada Kumpulan B akan layak ke peringkat separuh akhir dengan acara ‘ibu emas’ di Phnom Penh itu akan menyingkap tirai mulai 29 April hingga 16 Mei.