SHAH ALAM - Pas Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam sedang beribadah pada malam Rabu.
Ketua Penerangannya, Nushi Mahfodk berkata, sebelum kejadian itu berlaku, tentera Zionis turut berbalas serangan dengan rakyat Palestin di Bandar Huwara yang terletak di Tebing Barat.