DALAM ucapan perbahasan menyokong usul menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, sesi-sesi soal jawab dan ucapan perbahasan Rang Undang-Undang (RRU) Perbekalan 2023 di Dewan Negara, antara isu yang menjadi tumpuan utama saya termasuklah isu kebudayaan.
Ucapan perbahasan dan soalan saya kepada kerajaan, khasnya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkisar pada beberapa isu.
Yang terpenting ialah perhatian kerajaan kepada kebudayaan sebagai satu keseluruhan cara hidup yang ada masanya terpinggir dan kurang diberi perhatian yang sewajarnya.
Bukti jelas ialah kurang berjayanya program pengisian Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971. Dasar Kebudayaan Negara 2021 yang dirangka untuk menambah baik DKK mungkin mengalami nasib yang sama dengan DKK jika kerajaan tidak belajar daripada kesilapan masa lalu.
Di samping itu, penamaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan secara langsung menunjukkan bagaimana kebudayaan terperosok di belakang sektor pelancongan.
Bukti yang terang ialah kecilnya peruntukan bagi dua buah jabatan di bawah sektor kebudayaan, iaitu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) yang mungkin dianggap tidak memberikan pulangan kewangan kepada negara.
Timbalan Menteri kementerian tersebut mengakui kecilnya peruntukan bagi kedua-dua jabatan itu walaupun berusaha"memujuk" dengan mengatakan adanya peningkatan peruntukan bagi tahun 2023.
Kesilapan kerajaan lalu dalam meletakkan martabat kebudayaan negara sepatutnya dijadikan sempadan ojeh kerajaan baharu pasca-PRU15 dengan mengubah nama kementerian agar kebudayaan diberi martabat yang hak baginya.
Rasional untuk memberikan nilai ekonomi kepada kebudayaan dan warisan saya hargai tetapi jangan sampai kebudayaan dan warisan yang dianggap dapat dikomersialkan sahaja yang diberi perhatian sedangkan banyak unsur kebudayaan ketara dan tak ketara yang penting dilestarikan meskipun kurang atau tiada nilai komersialnya.
Contohnya, aspek nilai, falsafah, pemikiran, pemuliharaan tapak arkeologi dan geologi tidak berkaitan dengan komersial, kecuali tapak arkeologi dan geologi yang berpotensi dikaitkan dengan pelancongan.
Dalam ucapan perbahasan dan soalan, beberapa kali saya tegaskan keperluan kerajaan menimbangkan pewujudan semula kementerian yang memartabatkan kebudayaan seperti yang pernah wujud pada tahun 1980-an dan 1990-an, iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) yang dipimpin oleh Tan Sri Dr. Rais Yatim sebagai menterinya.
Dalam pada itu perlu diberi peningkatan peruntukan yang berganda kepada sektor kebudayaan dan warisan kerana banyak penyelidikan, ekskavasi, pemuliharaan, Inovasi dan promosi yang perlu dilakukan.
Hasil ekskavasi pasukan arkeologis USM pimpinan Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin, misalnya telah menemukan Pusat Tamadun Sungai Batu di Kedah yang wujud pada sekitar abad keenam Masihi dan menjadi pusat peleburan dan eksport besi ke dunia.
Nilai ekonomi atau komersialnya mungkin kecil tetapi memberikan dampak sejarah yang amat penting untuk negara. Demikian juga apakah ertinya Pulau Pinang dan Melaka diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia jika tidak ada susulan kajian arkeologi daratan dan arkeologi di bawah air (arkeologi maritim) untuk penggalian dan penemuan khazanah warisan negara. Pasti bahawa kos untuk projek itu amat besar.
Lanjutan isu pokok pemartabatan kebudayaan negara itu berkaitan dengan peluasan pengajian, penyelidikan, penerbitan dan promosi kebudayaan dan warisan negara.
Usaha menaikkan taraf Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) menjadi pusat kecemerlangan pendidikan tinggi bidang sains sosial dan kemanusiaan (HICOE) Kementerian Pendidikan Tinggi, sebagai contoh dapat memesatkan dan melonjakkan pengajian, penyelidikan, penerbitan dan pelestarian tamadun alam Melayu.
Perkara lain yang penting berkaitan dengan upaya mengerjakan puluhan ribu manuskrip Melayu lama agar diangkat sebagai bahagian penting ilmu dan kearifan watan dalam pelbagai tanah tamadun seperti agama, undang-undang, ketatanegaraan, pensejarahan, perubatan, persenjataan, teknologi, susastera dan diplomasi.
Pengerjaan yang saya maksudkan meliputi beberapa program. Yang pertama ialah transliterasi Jawi ke klasik kepada Rumi, pengeditan dan penerbitan teks induknya dalam bentuk karya agung (seperti yang diusahakan oleh Yayasan Karyawan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan beberapa pihak lain.
Kedua, pengolahan karya induk manuskrip Melayu lama dalam bentuk terbitan turunan seperti edisi yang dipermudah, saduran, animasi, komik, teater, filem, dokudrama dan yang lain bagi tujuan pemasyarakatan karya- karya kearifan watan itu, termasuk di peringkat dunia.
Program pelatihan untuk membina tenaga berkemahiran tinggi dalam pengendalian tugas yang berkaitan dengan manuskrip Melayu lama menjadi satu keperluan penting.
Cadangan yang turut saya angkat dalam sidang di Dewan Negara ialah penubuhan Pusat Tamadun Negara di ibu negara sebagai pengiktirafan kepada tamadun Melayu sebagai tamadun teras negara ini.
Cadangan itu asalnya telah dikemukakan oleh Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim kepada Perdana Menteri dan saya angkat di sidang Dewan Negara agar kerajaan serius menyusulinya.
Syukur Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam respons di Dewan Negara menyokong penuh cadangan itu.
Bersama-sama dengan beberapa pihak lain, saya merancang menyediakan dan menyampaikan kertas cadangan kepada kerajaan untuk penubuhan pusat tersebut.
Demikian juga, beberapa cadangan lain yang saya timbulkan dalam sidang di Dewan Negara perlu disusuli oleh persatuan dan badan lain yang merupakan pemegang kepentingan kebudayaan negara dalam bentuk sokongan dan kerjasama bersepadu untuk membantu kerajaan merealisasikannya.
Datuk Seri Awang Sariyan merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.