SHAH ALAM - Syarikat Pharmacore Technology and Innovation Sdn Bhd melalui jenama mereka, Wardah Beauty dan Kahf bersedia berkolaborasi dengan mana-mana syarikat atau agensi kerajaan untuk menyebarkan ilmu penjagaan kecantikan kulit wajah.
Pengawal Selia Lapangan syarikat berkenaan, Nur Azzureen Mohd Azhan berkata, peluang berkolaborasi antara Wardah dengan Karangkraf membolehkan jenama mereka dikenali ramai khususnya bagi pengunjung program Iftar ala Madinah @Karangkraf.
"Kami sangat bangga apabila berkolaborasi dengan Karangkraf selain dapat mengembangkan lagi jenama Wardah Beauty, selain diberikan sampel produk sedia ada kepada pengunjung yang hadir ke sini.
"Salah satu kebaikan berkolaborasi dengan Karangkraf adalah memberi peluang kepada pengunjung mengetahui produk Wardah dan Kahf yang juga jenama di bawah syarikat kami,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Nur Azzureen berkata, pihaknya begitu terbuka untuk bekerjasama dengan majlis korporat atau sambutan perayaan oleh mana-mana pihak bagi menggembangkan jenama mereka.
Beliau turut menjelaskan, pihaknya menerima maklum balas positif melalui akaun rasmi Instagram mereka berkenaan produk kecantikan itu.
Ujarnya, dengan mengikuti mereka secara rasmi, pengguna boleh mengetahui lebih lanjut mengenai produk baharu atau perkembangan dan aktiviti yang akan dilakukan.
Selain itu, pengunjung yang hadir akan menerima produk secara percuma.
"Kami gembira dengan sambutan yang diberikan dan berharap agar kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.