Dua lelaki maut jengkaut terbalik

Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang terperangkap dalam jengkaut terbalik di Simpang Pulai. - Foto Ihsan JBPM Perak

IPOH - Dua lelaki warga Bangladesh maut selepas jengkaut dikendalikan mereka terbalik dalam kejadian di kawasan tapak kuari, Simpang Pulai, di sini pada Rabu.

Kedua-dua mangsa yang dianggarkan berusia 30 hingga 40-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Shaharudin Tuan Ali berkata, sepasukan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.17 malam.

Kenderaan berat dikendalikan dua mangsa terbalik dalam kejadian di Simpang Pulai, Ipoh. - Foto Ihsan JBPM Perak
Iklan

"Anggota terus menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas selain menerima bantuan jentolak pihak kilang terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 9.55 malam.