Penduduk pesisir pantai disaran bersedia hadapi air pasang perbani

Iklan
Info grafik ramalan paras ketinggian ombak ketika fenomena air pasang perbani yang dikeluarkan Pusat Hidrogafi Nasional.

SHAH ALAM - Penduduk pesisir pantai di empat negeri termasuk sekitar Pelabuhan Klang disaran bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan limpahan air laut susulan fenomena air pasang perbani.

Pusat Hidrogafi Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan fenomena tersebut diramal berlaku pada Rabu sehingga Sabtu ini.

Iklan
Iklan

"Paras air laut di Pelabuhan Klang dijangka setinggi dua meter pada 6.07 petang, Rabu yang berkemungkinan menyebabkan banjir di kawasan rendah di pesisir pantai.

"Paras air laut setinggi 2.2 meter pula dijangka berlaku jam 6.38 petang, 7.08 petang dan 7.38 petang pada Khamis sehingga Sabtu,” menurut Pusat Hidrogafi Nasional menerusi laman Facebooknya.

Iklan

Agensi itu turut memaklumkan fenomena sama dijangka turut berlaku di Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak dan Batu Pahat, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memantau keadaan cuaca semasa selain merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

Iklan

Dalam pada itu, maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari menerusi laman sesawang hydro.gov.my/ramalanpasangsurut.