Pas kecam serangan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Iklan
Tentera Israel mengusir jemaah dari pekarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis pada Rabu. - Foto AFP

SHAH ALAM - Pas mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Rabu ketika umat Islam sedang beribadah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, provokasi ganas dan perbuatan jenayah itu hanya akan mengundang ketegangan yang berlanjutan serta memburukkan keadaan di rantau tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, semua pihak yang mencintai keamanan serta hak orang Islam untuk beribadah digesa agar sama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengutuk keras perbuatan jenayah rejim Israel.

"Ini kerana pencerobohan tempat ibadah, terutama pada bulan puasa bukan sahaja berlawanan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, malah bercanggah dengan nilai mulia kemanusiaan.

Iklan

"Oleh itu, ia hendaklah dihentikan dengan serta-merta dan dalam hal ini juga campur tangan serta ketegasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) amatlah diperlukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nadir Al-Nuri berkongsi video pihak berkuasa Zionis dikatakan menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa dan menyerang jemaah di dalam ruang solat Masjid al-Qibli.

Iklan
Takiyuddin - Foto Bernama

Berdasarkan video yang dimuat naik di Telegram Nadir Al Nuri itu, kelihatan keadaan di dalam ruang solat masjid dipenuhi dengan kepulan asap serta bunyi tembakan selain beberapa barangan dirosakkan.

Para jemaah yang terdiri daripada rakyat Palestin juga dilihat dipukul dengan kejam tanpa sebarang sebab oleh rejim penjajah Israel.

Tambah Takiyuddin, tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan telah mencederakan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin.

"Sementara itu, lebih 350 yang lain ditahan oleh pihak polis rejim, membabitkan umat Islam yang berada dan beribadat di masjid berkenaan sempena Ramadan.

"Pihak keselamatan rejim Israel pada hakikatnya hanya mengulangi kejadian pada April tahun lepas dan pada tahun 2021, yang telah mencetuskan perang 10 hari dengan rakyat Palestin berikutan pencerobohan ganasnya terhadap masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu," ujarnya.