KPDN harap lebih banyak hotel sertai inisiatif Payung Rahmah

Iklan
Salahuddin

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap lebih banyak syarikat perhotelan akan menyertai inisiatif ‘Payung Rahmah’ dengan menawarkan pakej tertentu bagi membantu meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan domestik.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini dua hotel telah menyertai inisiatif tersebut iaitu Hotel Elopura di Sandakan, Sabah dan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Pakej ini adalah satu tarikan yang sangat bernilai bagi mereka yang hendak datang ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah, tetapi pada masa sama dapat meningkatkan pertumbuhan industri perhotelan dan pelancongan domestik.

"Jadi dengan usaha ditunjukkan oleh hotel-hotel ini, kita mengharapkan supaya banyak lagi syarikat perhotelan akan dapat menyediakan Pakej Rahmah seperti ini dalam apa jua bentuk dan tidak semestinya hanya pada Ramadan,” katanya.

Iklan

Salahuddin berkata demikian kepada pemberita pada pelancaran Pakej Rahmah bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Terdahulu, dalam ucapannya, Salahuddin memaklumkan mahu menjadikan usaha membantu meringankan beban rakyat, sebagai satu sistem di negara ini.

"Semalam dalam pasca mesyuarat Kabinet, saya telah melontarkan pandangan kepada rakan-rakan sepasukan supaya kerajaan memulakan usaha untuk membina satu sistem dalam apa bentuk sekali pun bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan (usaha bantu ringankan beban rakyat).

Iklan

"Ini penting supaya kebajikan rakyat yang memerlukan tidak dipinggirkan dengan kita akan memastikan bantuan yang diberikan mudah, berlandaskan satu sistem yang telus mengikut data-data kementerian berkaitan,” katanya. - Bernama