Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitri

Iklan
Anthony Loke mengaktifkan Sistem Permulaan Tenaga Suria di Bilik Agihan Utama sebagai simbolik pelancaran program tenaga diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi pada Khamis. - Foto Bernama

SEPANG - Kekerapan penerbangan domestik sempena perayaan Aidilfitri ditambah termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar atau wide body bagi menampung permintaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini pada Khamis, Anthony Loke berkata, pelaksanaan harga tetap untuk penerbangan akan turut dilakukan.

Iklan

"Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai," katanya yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat. - Bernama

Iklan