PERMIM kutuk tindakan biadab polis Israel

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

GEORGETOWN - Badan bukan kerajaan, Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) mengutuk tindakan biadab polis Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di dalam Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

Presidennya, Shaik Faridhudheen Anverdeen berkata, tindakan polis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa adalah tindakan yang biadab serta melanggar hak asasi manusia.

Shaik Faridhudheen

Iklan
Iklan

Ini kerana katanya, serangan yang tidak perikemanusian ini telah mengakibatkan kecederaan kepada orang awam.

"Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( PBB) harus memberi kata putus kepada Isreal agar menghentikan serta tidak mengulangi serangan yang menyebabkan kemusnahan harta benda serta nyawa orang awam.

Iklan

"PBB dilihat sekadar membutakan mata apabila saban hari di bulan Ramadan akan sentiasa ada serangan-serangan seperti ini semasa rakyat Palestin menjalankan ibadah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mendesak PBB supaya mengambil tindakan terhadap Isreal.

Iklan

"PERMIM juga mengalu-alukan usaha jabatan-jabatan agama Islam negeri mengadakan solat hajat serta bacaan Qunut Nazilah untuk mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Palestin," tambahnya.

Pada awal pagi Rabu, menurut saksi, polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa sebelum subuh manakala rejim Zionis mendakwa mereka bertindak balas terhadap rusuhan.

Insiden itu mencetuskan bantahan di seluruh Tebing Barat, malah tentera rejim Zionis mendakwa sembilan roket ditembak dari Gaza ke arah Israel selepas bunyi siren kedengaran di bandar selatan.

Dilaporkan sekurang-kurang empat roket terbabit dipintas dan empat mendarat di kawasan terbuka.

Keganasan semakin meningkat di Tebing Barat serta Baitulmaqdis sejak tahun lalu, dengan ketegangan dikhuatiri terus memuncak bulan ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dalam Ramadan yang mulia dan pada masa sama terdapat sambutan keagamaan Yahudi.