Agong, Raja Permaisuri berangkat tiba di Pulau Pinang

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 1 petang Khamis. - Foto Facebook Istana Negara

GEORGETOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di sini pada Khamis.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua serta delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 1 petang dan disambut meriah.

Iklan
Iklan

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Yang Dipetua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy.

Turut hadirm Ketua Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar, barisan Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Iklan

Petang ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan melawat bazar Ramadan Tanjung Tokong sebelum berbuka puasa bersama ketua agensi di Seri Mutiara, kediaman rasmi Yang Dipetua Negeri Pulau Pinang.

Esok (Jumaat) Yang di-Pertuan Agong dijadualkan merasmikan Masjid Jamek Ar Rahmani Kampung Banggol, Kepala Batas dan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kampung di masjid itu.

Iklan

Raja Permaisuri Agong pula dijadualkan merasmikan Kompleks Darul Hanan, Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Pada petang Jumaat, Seri Paduka Baginda berdua dijadual berangkat ke Majlis Nuzul al-Quran Kerajaan Pulau Pinang dan berbuka puasa di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Pada Sabtu, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat ke Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang dan Hakim Syarie di Hotel Rasa Sayang. - Bernama