Keputusan mudah kembali ke Chelsea

Iklan
Lampard

FRANK Lampard mengakui tidak sukar untuk membuat keputusan menerima semula peranan sebagai pengendali sementara Chelsea sehingga hujung musim ini.

Lampard,44, dilantik sebagai pengendali sementara kelab itu pada Khamis susulan pemecatan Graham Potter sekali gus memberinya peluang yang tidak dijangka untuk kembali berada di kerusi panas itu.

Iklan
Iklan

Dia yang memegang rekod 211 gol dalam semua pertandingan untuk kelab dan memenangi 13 trofi sebagai pemain Chelsea, telah dipecat sebagai pengurus pada Januari 2021 selepas 84 perlawanan dan digantikan oleh Thomas Tuchel.

Selepas itu, Tuchel juga dipecat pada September dan kemudian penggantinya Potter turut meninggalkan pasukan dengan kelab London itu ketika ini bergelut di tangga ke-11 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Iklan

"Saya gembira dan berterima kasih kepada orang yang memberi saya peluang tersebut. Saya yakin dengan diri sendiri, mempunyai pemahaman yang baik tentang skuad, tempat latihan, stadium dan penyokong. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memberikan apa yang mereka mahu," katanya.

Ditanya sama ada peranan itu boleh kekal, Lampard berkata dia hanya mahu menumpukan untuk memberi impak kepada skuad dengan cara yang terbaik.

Iklan

"Selepas itu kita akan lihat apa yang berlaku," tambahnya.