LIVERPOOL berdepan dakwaan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan insiden yang menyaksikan pemain mereka mengerumuni pengadil ketika kekalahan 1-4-di Manchester City, Sabtu lalu.
Insiden itu berlaku pada minit ke-34 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Etihad ketika kedudukan terikat 1-1 selepas pemain tengah City, Rodri, melakukan kekasaran ke atas Cody Gakpo.