Pasangan kekasih berkelakuan jelik dalam kereta direman

Iklan
Pasangan kekasih berusia 22 dan 17 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan.

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat memerintahkan pasangan kekasih yang didapati melakukan perbuatan jelik di tempat awam pada 29 Mac lalu direman dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noorfazlin Hamdan bermula hari ini hingga 8 April.

Iklan
Iklan

Pasangan kekasih berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan selepas rakaman video memaparkan perbuatan mereka di tempat letak kenderaan di kawasan Taman Kota Masai, Pasir Gudang, tular di media sosial.

Tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan dan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di kawasan Taman Johor Jaya, Johor Bahru dan Taman Kota Masai, Pasir Gudang sekitar jam 4.15 petang hingga 5.15 petang, 6 April lalu.

Iklan

Dalam tangkapan berkenaan, polis turut merampas kereta Perodua Axia warna merah dan sehelai t-shirt berwarna putih.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama dua tahun.

Iklan

Hasil siasatan juga mendapati pasangan kekasih berkenaan tidak memiliki rekod jenayah lampau.