Israel lancar serangan udara di Lubnan

Iklan
Penduduk Lubnan memeriksa kerosakan rumah mereka yang terkena roket Israel semasa serangan udara yang menyasarkan kawasan Qlaileh, di pinggir bandar Tyre, selatan ibu negara Lubnan pada Jumaat. - Foto AFP

NEW YORK - Tentera Israel melancarkan serangan udara di Lubnan pada Jumaat, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza.

Tentera Israel berkata di Twitter bahawa ia kini melakukan serangan di Lubnan.

Iklan
Iklan

Ia berkata, serangan membabitkan sasaran milik kumpulan penentang Palestin Hamas di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

Pada awal Jumaat, tentera Israel menyerang dua terowong di Beit Hanoun dan Khan Yunis serta dua kilang senjata sebagai tindak balas kepada 'ancaman keselamatan oleh Hamas'.

Iklan

Mengulas serangan udara Israel itu, Hazem Kassem, jurucakap Hamas berkata, Israel memikul tanggungjawab penuh terhadap serangan dan pencerobohannya di Baitulmaqdis dan Gaza.

Seorang lelaki berjalan di atas kawah yang terbentuk akibat serangan udara Israel di Al Qulaylah, di pinggir bandar Tyre, selatan ibu negara Lubnan pada Jumaat. - Foto AFP

Kumpulan itu melancarkan roket dari Semenanjung Gaza mensasarkan Israel selepas serangan terbaru.

Iklan

Tentera Israel juga mengeluarkan amaran di Twitter mengatakan siren berbunyi di selatan Israel.

Perkembangan terbaru berlaku selepas tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan secara paksa mengusir jemaah Palestin dua malam berturut-turut. - Bernama