Polis jalankan siasatan jenayah anggota seludup mercun

Iklan
Acryl Sani

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan kes jenayah dan tindakan dalaman terhadap seorang anggotanya yang ditahan terlibat pengedaran mercun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes yang dilaporkan telah diambil tindakan selepas anggota polis itu ditahan bersama seorang lelaki.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga 8 April (Sabtu) bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Acryl Sani berkata, pihaknya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana warga polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah.

Iklan

Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya menerima sebarang bukti.

Ujarnya, PDRM juga mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang.

Iklan

Dalam pada itu, Acryl Sani turut menafikan anggotanya mendalangi kegiatan penyeludupan mercun seperti yang digambarkan dalam laporan akhbar yang disiarkan pada Jumaat.

Difahamkan, anggota terbabit ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Wakaf Bata, Machang, Kelantan ketika memandu kenderaan pacuan empat roda milik PDRM, Selasa lalu.