Pahang cadang sedia tapak industri kepada pelabur luar

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Pahang bercadang untuk menyediakan lebih banyak tapak perindustrian baharu bagi membolehkan pelabur luar mengembangkan pelaburan mereka di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyediaan tapak baharu perindustrian itu dilihat mampu meningkatkan jaringan kerjasama dengan pelabur luar susulan adanya jaringan pengangkutan yang lebih baik dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan Pahang tidak hanya memberi ruang untuk Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) sahaja, sebaliknya terbuka kepada pelabur-pelabur lain.

"Tapak baharu perindustrian yang akan disediakan bukan sahaja di Kuantan tetapi juga di tempat -tempat lain seperti Lipis dan sebagainya. Ini semua bagi memberi kemudahan kepada pelabur asing supaya mereka terus melabur di negeri kita.

Iklan

"Jadi, kita akan pertimbangkan dari semasa ke semasa (tapak industri), paling penting situasi menang-menang dan kita pun perlu mesra pelabur.

"Kita tidak mahu menyusahkan pelaburan yang datang ke sini, tetapi terdapat sekatan dan halangan, (kalau ada pelbagai halangan) mereka akan lari ke tempat lain kerana mereka (pelabur) ada pilihan. Justeru, kita kena buka peluang lebih banyak kepada mereka," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas berakhirnya majlis tahun melabur di China (menyambut baik ASEAN) dan sambutan ulang tahun Ke-10 Penubuhan MCKIP di bawah China-Malaysia ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ yang dianjurkan oleh Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China di sini pada Jumaat.

Antony (tiga dari kiri) bersama Wan Rosdy (lima dari kanan) ketika merasmikan majlis tahun melabur di China (menyambut baik ASEAN) dan sambutan ulang tahun Ke-10 Penubuhan MCKIP di bawah China-Malaysia ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ yang dianjurkan oleh Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China di sini pada Jumaat.

Satu majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MOU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) turut berlangsung pada program terbabit yang dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Katanya, projek fasa ketiga itu dijangka menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta pembangunan ini akan mengubah kawasan MCKIP menjadi Bandar Pelabuhan Kuantan sebagai bandar yang kondusif.

Wan Rosdy menambah, MCKIP telah diiktiraf sebagai Taman Perindustrian Negara dan setakat ini telah membawa pelaburan berjumlah lebih RM30 bilion, menarik 50 syarikat antarabangsa untuk datang melabur selain memberikan lebih 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Setakat tahun lalu, kerajaan negeri berjaya menarik kira-kira RM11.01 bilion pelaburan langsung syarikat asing dan daripada jumlah itu, RM5.6 bilion adalah dari negara China.

"Kita jangkakan lebih banyak syarikat dalam pelbagai sektor akan masuk membawa pelaburan ke taman perindustrian ini pada masa akan datang dan kerajaan negeri dari semasa ke semasa akan melihat keperluan dan kemudahan yang boleh diberikan untuk menarik mereka,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai MOU dan MoA yang diadakan, Wan Rosdy berkata, ia merupakan satu peristiwa penting yang akan mengukuhkan lagi hubungan antara MCKIP dan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP)

"Kita akan sentiasa menantikan lebih banyak kejayaan yang boleh kita kecapi bersama di samping menggembangkan jalinan perkongsian bagi membina asas yang kukuh dan ekonomi mampan antara Malaysia dan juga China.

"Kita yakin dengan kerjasama yang terjalin, kedua-dua negara akan dapat mencapai kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun-tahun akan datang.

"Saya berharap MCKIP dan CMQIP akan lebih berjaya dalam memainkan peranan untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan juga China," ujarnya.