Malaysia tetap sertai Sukan Olimpik Paris 2024

Iklan
Hannah ketika sidang akhbar di Menara KBS, Putrajaya pada Jumaat. - Foto Bernama

DALAM misi memburu emas sulung pada Sukan Olimpik Paris 2024, Malaysia tetap akan menghantar kontinjen walaupun beberapa negara dilaporkan mahu memboikot penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) itu selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang tidak mahu sebarang isu politik dibawa ke dalam sukan.

Iklan
Iklan

Malah, Hannah yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa RTG percaya barisan atlet negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik di Paris tetap akan menampilkan prestasi terbaik mereka bagi memburu pingat.

"Saya tak boleh mengulas mengenai negara lain, tetapi seperti saya katakan, kita berpegang kepada apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa RTG,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Australia dilaporkan mahu memboikot Sukan Olimpik 2024 susulan keputusan IOC membenarkan penyertaan kontinjen Rusia dan Belarus di Paris nanti.

Dalam pada itu, Hannah berkata, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Dr Ramlan Aziz dan bekas pelumba berbasikal trek negara, Josiah Ng dilantik sebagai pembantu teknikal kepada Penyelaras RTG, Stuart Ramalingam.

Iklan

"Projek RTG ini juga akan menggunakan dashboard Institut Sukan Negara (ISN) yang menggunakan Athlete Management System (AMS) untuk menganalisis prestasi dan gaya hidup atlet terlibat,” jelasnya.