'Bila kamu plagiat, saya akan cari kamu' - Nora Roberts

Iklan
Nora Roberts

[DIKEMASKINI] NOVELIS terkemuka, Nora Roberts telah menyaman seorang penulis Brazil atas aspek pelanggaran hakcipta.

Beliau mendakwa penulis, Cristiane Serruya telah membuat pelbagai plagiat.

Iklan
Iklan

Saman itu dikeluarkan pada pagi Rabu di Rio de Jeneiro di mana Serruya tinggal.

Penulis novel romantik itu mendakwa novel-novel cinta Serruya sebagai ‘sastera tempelan yang menyulam frasa-frasa yang menggambarkan emosi menyerupai tulisan pihak plaintif.’

Iklan

Memetik laporan layarminda.com, berdasarkan undang-undang Brazil, Nora boleh menyaman dengan nilai 3,000 kali ganda daripada nilai jualan tertinggi karya Serruya.

"Bila kamu plagiat, saya akan cari kamu.

Iklan

"Kalau kamu ambil hasil kerja saya, kamu mesti bayar dan saya akan pastikan yang kamu tidak akan menulis lagi,” kata Nora kepada The Associated Press dalam temubual menerusi telefon.

Nora memberitahu apa juga denda daripada dakwaannya itu akan didermakan kepada program buta huruf di Brazil.

Sementara itu, dalam temubual telefon dengan The Associated Press, Serruya, seorang penulis swaterbit berkata, beliau masih belum menerima saman daripada Nora tetapi beliau mengaku amat fanatik dengan hasil karya penulis terkenal itu.

Namun, Serruya mengaku selalu menggunakan penulis upahan untuk bahagian-bahagian di dalam bukunya bagaimanapun beliau tidak dapat menjamin sama ada terdapat bahagian-bahagian yang diplagiat.

Sementara itu, peguam Saulo Daniel Lopez juga seorang pakar mengenai hakcipta penulis berkata, kes itu mengambil masa lima hingga 10 tahun untuk selesai.

Jika didapati bersalah, Serruya terpaksa membayar daripada pendapatan hasil jualan karya-karyanya.

Untuk rekod, Serruya juga adalah seorang peguam sebelum menceburkan diri sebagai seorang penulis.