Ismail Sabri ziarah penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh

Iklan
Ismail Sabri ketika menyantuni anak-anak yatim yang juga penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi 41 anak-anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat, Kuala Lumpur menerusi Program Kongsi Rezeki Ramadan pada Jumaat.

Dalam program tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai untuk membantu pihak pengurusan rumah itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, program berkenaan dianjur bertujuan meraikan anak-anak yatim yang tinggal di rumah tersebut bagi memastikan mereka tidak merasa terpinggir khususnya di bulan Ramadan ini.

Ujarnya, usia anak-anak yatim yang tinggal di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh itu ialah antara lapan bulan hingga 14 tahun.

Iklan
Ismail Sabri bersama penghuni Rumah Amal Asnaf Al-Barakh.

"Anak-anak yatim merupakan golongan istimewa yang perlu disantuni bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi sebagai tanggungjawab kita yang berkemampuan untuk meneruskannya di setiap masa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Program Kongsi Rezeki Ramadan yang bermula pada 1 Ramadan lalu diadakan bagi menyantuni golongan asnaf serta mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) termasuk mengagihkan 3,000 pek makanan berbuka puasa.

Iklan

Ujar Ismail Sabri, program itu juga memupuk semangat sebuah keluarga Keluarga Malaysia untuk saling bantu-membantu khususnya untuk golongan memerlukan di bulan yang mulia ini.