Dua wanita Israel maut ditembak

Iklan
Pemandu Israel berhenti selepas siren amaran dibunyikan di seluruh negara. - AFP

BAITULMAQDIS - Dua wanita Israel terbunuh dalam satu insiden tembakan di Tebing Barat, beberapa jam selepas Israel mengebom Gaza dan Lubnan sebagai tindak balas serangan bertubi-tubi roket oleh pejuang Palestin.

Tentera Israel berkata, pihaknya telah melancarkan pemburuan ke atas penyerang di lokasi kejadian yang turut mencederakan seorang wanita.

Iklan
Iklan

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Serangan berlaku selepas tentera Israel melancarkan serangan udara dan artileri sebelum subuh hari ini sebagai tindak balas terhadap tembakan roket dari Gaza dan Lubnan.

Iklan
Iklan

Katanya, lebih 30 roket ditembak oleh pejuang Palestin dari wilayah Lubnan. - AFP